skfsa.zoom-a.com
SK FELCRA SUNGAI ARA
KM 42, JALAN KOTA TINGGI MERSING Tel : 07-8823327, Faks : 07-8823327
e-mel : skfsa@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | Untitled | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | FALSAFAH SEKOLAH | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | PANORAMA | SEJARAH | VISI & MISI |

SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Felcra Sungai Ara


      SEJARAH

Felcra Sungai Ara terletaknya kira-kira 42 km dari bandar Kota Tinggi. Merupakan petempatan yang di bina oleh FELCRA (Lembaga Penyatuan dan Pemulihan tanah Persekutuan) bagi menempatkan penduduk seramai 1526 orang.

      Pada 1 Jan 1988, Sek Keb Felcra Sungai Ara telah ditubuhkan bagi menampung keperluan pendidikan anak-anak peneroka yang telah layak mendapat pendidikan secara formal. Di awal penubuhannya sekolah ini menumpang dengan menggunakan bangunan masjid jamek dan berada dalam kawasan masjid.

      Di awal penubuhan sekolah ini, seramai 50 orang murid telah mendaftar untuk belajar di kelas tahun 1, 2 dan 3. Jumlah murid bagi tahun 1 seramai 38 orang, tahun 2 pula seramai 7 orang dan tahun 3 serai 5 orang murid. Manakala tenaga pengajarnya pula terdiri daripada En. Subari Yarmo (Guru Besar) dan di bantu oleh tiga orang guru iaitu Cik Norsiah Zaini, Cik Kamisah Kamid dan Pn selbiah Mohd.

      Pada tahun 1989, murid-murid Sek Keb Felcra Sungai Ara bertambah menjadi 170 orang dengan dengan tenaga pengajarnya pula seramai 11 orang. Pada bulan April, Sek Keb Felcra Sungai Ara mendapat seorang Pegawai Kerani bagi membantu dalam urusan pentadbiran sekolah.

      Di awal penubuhan sekolah ini, ianya merupakan sekolah cawangan dibawah pantadbiran dan pengurusan Sek Keb Bandar Kota Tinggi. Pada pertengahan tahun 1989. Sek Keb Felcra Sungai Ara telah dapat berdiri dengan sendirinya di bawah pentadbiran dan pengurusan sendiri.

      Pada sessi persekolahan 1989/90. Bidang pendidikan di negara kita telah mengalami perubahan yang begitu ketara, dimana sessi persekolahan telah berubah dengan persekolahan bermula pada awal Disember. Sek Keb Felcra Sungai Ara telah mencipta sejarah tersendiri pada tahun 1990 kerana walaupun baru setahun jagung, bak kata pepatah melayu, namun buat julung kalinya Kejohanan Olahraga kali pertama dapat diadakan dengan jayanya. Pada 20 oktober 1990 termetrinya sejarah di minda ramai bahawa usia muda bukannya penghalang untuk sesuatu kejayaan di cipta dan dinikmati. Pada tahun yang sama juga seramai 6 orang murid dari sekolah ini telah terpilih untuk mewakili zon bandar dalam Kejohanan Olahraga Daerah Kota Tinggi (MSSD)

      Bangunan sekolah baru yang sepatutnya dapat digunakan pada sessi persekolahan 89/90 tidak dapat digunakan kerana sekolah tersebut tidak dapat disiapkan pada masa dan jangkaan yang telah ditetapkan. Bilik darjah yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah murid yang semakin bertambah. Pihak sekolah dengan kerjasama FELCRA telah menggunakan balai bergerak untuk dijadikan bilik darjah sebagai tempat untuk proses pengajaran pembelajaran. Dua kelas disediakan dengan menggunakan balai bergerak tersebut.

      Pada sessi persekolahan 90/91 pula terdapat pertambahan dua bilik darjah lagi dengan jumlah murid seramai 284 orang. Pihak sekolah terpaksa pula menggunakan bahagian anjung masjid jamek untuk dijadikan kelas sebagai menampung kekurangan bilik darjah bagi murid tahun 1.

      Tanggal 25 Ogos 1991, sekali lagi tercipta satu lembaran baru bagi seluruh penghuni Sek Keb Felcra Sungai Ara kerana dengan rasminya bangunan baru sekolah telah dapat digunakan. Pada malam 27 Ogos 1991 diadakan majlis doa selamat dan bacaan yassin serta tahlil di bangunan baru Sek Keb Felcra Sungai Ara. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Jabatan Perhutanan telah membantu pihak sekolah dalam aktiviti gotong royong menanam pokok bunga untuk menceriakan kawasan sekolah.

    PENGASAS 

En. Subari Yarmo

USAHA      

Semasa pembelajaran pelajar adalah diharapkan agar dapat berusaha untuk menimba ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru. Usaha tanpa penat lelah dan tanpa rasa jemu kelak akan membuahkan kejayaan yang dicita-citakan.

ILMU       

Ilmu yang diterima adalah dalam bentuk formal dan informal. Pelajar dididik agar ilmu yang diperolehi dapat digunakan oleh mereka untuk menempuh hidup yang mencabar dan dapat diseimbangkan pula dengan perkembangan emosi dan jasmani murid

AMAL       

Hasil usaha yang gigih untuk menimba ilmu pengetahuan diharapkan agar dapat diamalkan oleh murid-murid ke jalan yang diredhai oleh Allah swt


  • Lima bulatan besar melambangkan bahawa majoriti murid-murid sekolah ini adalah beragama Islam, juga melambangkan agama rasmi negara Malaysia. Dengan lebih tepat lagi perlambangan bagi 5 rukun Islam dan bertepatan pula dengan bulan dan bintang yang merangkumi oleh salah satu bulatan yang lima
  • 1988 pula menunjukkan bahawa sekolah ini ditubuhkan pada tahun tersebut.
  • Keris dan pen bersilang melambangkan dalam usaha untuk mendapatkan ilmu yang diajarkan oleh guru
  • Batang pokok yang berbumbung seperti rumah melambangkan sumber ekonomi penduduk tempatan iaitu hasil pertanian sebagai pendapatan utama.
  • Tiga bulatan kecil yang bertindan antara satu sama lain pula melambangkan sekolah ini juga mementingkan pendidikan sukan untuk murid-murid
  • Buku yang terbuka dapatlah digambarkan pula mangenai terbentang luasnya ilmu yang harus dituntut oleh penghuni sekolah ini
  • Manakala bulatan besar yang merangkumi semua pula melambangkan perpaduan di antara sekolah dan masyarakat dalam menjayakan matlamat dan falsafah pendidikan negara.
  • Warna hijau melambangkan kesuburan minda murid-murid
  • Warna ungu melambangkan bahawa sekolah ini berada dalam kawasan FELCRA (Lembaga Penyatuan dan pemulihan Tanah Persekutuan)
  • Warna kuning melambangkan kelembutan dan keharmonian perhubungan di antara sekolah dan masyarakat dan juga melambangkan keharmonian dan kemakmuran yang menjadi aspirasi sekolah.

Lagu
Kami murid FKSA
Berikrar dan berjanji
Belajar bersungguh-sungguh
Agar cita tetap berjaya

Rukun sekolah kami
Akan kami patuhi
Hidup bekerjasama
Berdisiplin dan setia

Guru dan ibubapa
Tetap kami sayangi
Hormat setia berjasa
Simbol hidup bahagia

Didikkan yang diberi
Tetap di sanjung tinggi
Bersinar cahaya ilmu
Menerangi hidup kami

 


SEJARAH SKFSA

 


FELCRA Sungai Ara terletak 42 Km Jalan Kota Tinggi Mersing. Merupakan penempatan perkampungan FELCRA (Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan). Penduduk Felcra Sungai Ara adalah seramai 1250 orang.
 
Pada 01Januari 1988 SK Felcra Sungai Ara telah ditubuhkan. Sekolah ini menumpang di Sekolah Agama Rakyat Felcra Sungai Ara yang terletak di dalam kawasan masjid.
 
Semasa penubuhan sekolah ini, seramai 50 orang murid telah mendaftar dari Tahun 1 – 3. Bilang murid Tahun 1 seramai 38 orang, Tahun 2 seramai 7 oang dan Tahun 3 seramai 5 orang sahaja. Tenaga pengajar pula terdiri daripada En. Subari Yarmo (Memangku Guru Besar) dengan dibantu oleh Cik Kamisah bt Kamid, Cik Norsiah bt Saini dan Pn. Selbiah bt Mohd.
 
Pada Tahun 1989, muridnya telah bertambah seramai 90 orang dan bilang guru telah bertambah seramai 6 orang. Pada bulan April, sekolah ini mendapat seorang Pegawai kerani bagi membantu sekolah dalam kerja-kerja pentadbiran.
 
Di awal pertubuhan, SK Felcra Sungai Ara (SKFSA) merupakan cawangan kepada SK Bandar, Kota Tinggi. Pada Pertengahan Tahun 1989, SKFSA tidak lagi sebagai cawangan kepada SK Bandar Kota Tinggi.
 
Pada sesi pengajian 1989/1990, SKFSA telah berusia dua tahun, di mana SKFSA menjadi lebih matang dan menerima 4 orang guru baru apabila muridnya bertambah seramai 170 orang.
 
Bangunan sekolah baru yang sepatutnya diduduki pada 2 hb. Disember 1989 tidak disiapkan mengikut jadual, menyebabkan pihak sekolah mengalami kekurangan bilik darjah. Oleh yang demikian, dua buah daripadanya terpaksa di tempatkan di Balai raya FELCRA Sungai Ara. Pada awal Disember 1990, apabila murid bertambah seramai 270 orang, pihak sekolah sekali lagi meminta pihak FELCRA untuk menenpatkan murid di anjung masjid. Dua buah kelas di tempatkan di sana.
 
Pada 25hb. Mei, 1991, dengan rasminya bangunan baru SK FELCRA Sungai Ara dapat diduduki sepenuhnya. Satu kenduri doa selamat telah diadakan pada 27 hb. Mei, 1991 oleh penduduk kempung tersebut. Bermula sesi persekolah yang lebih selesa, tenang dengan berbagai kemudahan yang disediakan seperti perpustakaan, pusat sumber, kantin, padang dan sebagainya. Kini SKFSA menjadi pusat ilmu bagi semua mesyarakat setempat.


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: